SK ST ALBAN AMPUNGAN, SERIAN
KM 8. JALAN SERIAN SRI AMAN
94700 SERIAN.
YCB 8210
Sekolah Kebangsaan St.
Alban Ampungan
Km 8, Jalan Serian
/Sri Aman, 94700, Serian.
Penubuhan Sekolah Kebangsaan St.
Alban Ampungan bermula pada tahun 1957 oleh R.C Mission. Tapak awalnya bertempat
di sebuah lokasi yang dikenali sebagai Mirambang, berhampiran tebing Sungai
Sadong. Bahan seperti atap rumbia dan buluh digunakan untuk mendirikan sekolah
dan rumah guru.
Pada
awal tahun 1958, sekolah ini telah menerima kemasukan pertama pelajarnya
seramai 46 orang. Encik Alban Idit merupakan guru pertama di sekolah ini.
Beliau juga merupakan pengasas sekolah ini. Malahan nama sekolah ini juga turut
diambil bersempena nama beliau.
Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun
1970 sekolah ini telah berpindah lokasi ke tapak yang ada sekarang. Menurut
sumber, tapak yang ada sekarang telah diderma oleh beberapa buah keluarga dari
Kampung Ampungan. Dengan menggunakan kayu sebagai bahan asas, asbestos dan
berlantaikan simen, satu blok bangunan yang mengandungi tiga buah kelas dan 2
buah rumah guru telah dibina. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh YB
Datuk Stephen Yong Kuet Tze, Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1973.
Sekolah ini hanya diiktiraf sebagai sekolah
rendah penuh apabila kelas tahun satu hingga tahun enam dijalankan secara serentak pada tahun 1986.
Tahun demi tahun silih berganti banyak peristiwa yang terjadi dan pembangunan
terus bergerak seiring dengan perkembangan semasa. Bilangan blok bangunan
sekolah semakin bertambah untuk menampung jumlah pelajar yang meningkat.
Daripada beratapkan zink berdindingkan papan kini telah bertukar wajah, beratapkan
spandex dan berdindingkan konkrit.
Untuk
memberi keselesaan kepada seluruh warga sekolah St. Alban semasa melakukan
aktiviti sekolah, sebuah dewan telah didirikan takala menerima peruntukan
sebanyak
RM10
000 daripada YB Datuk Douglas Unggah Embas pada tahun 2003 dan daripada Datuk
Michael Manyin sebanyak RM20,000 pada tahun 2006. Pembangunan awal dewan ini
telah diterajui oleh Encik Andrew Munot anak Satep, Guru Besar ketika itu,Pada
hari ini, dengan beberapa siri bantuan kewangan daripada pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia dan pengurusan yang mantap dari pihak pentadbir sekolah yang
menyusul selepas itu, warga sekolah sudah boleh mengukir senyuman lebar apabila
dewan sekolah telah siap sepenuhnya, lengkap dengan kemudahan elektrik, kipas
siling, pentas, kerusi dan lain-lain lagi .
Pada tahu 2008, semasa pentadbiran Encik
Dahiam anak Singon satu lagi peristiwa penting tercatat apabila kelas Pra Sekolah
diwujudkan. Seiring dengan itu, pengambilan pelajar pertama Pra Sekolah telah
dibuat pada tahun tersebut. Sesungguhnya kewujudan kelas baru ini telah
melengkapkan ruanglingkup urutan kelas di SK. St. Alban Ampungan. Walaupun
hanya mengunakan bilik yang diubah suai, kita percaya suatu hari nanti Kelas
Prasekolah akan memiliki bangunan sendiri yang lebih selesa.
Keselesaan
dan keselamatan para pelajar semasa menikmati makan RMT dan kaum ibu yang
memasak turut diberi perhatian. Justru itu, sebuah bangunan Dewan Makan RMT
juga turut didirikan pada tahun 2009 di tapak kuarters guru lama setelah
menerima peruntukan RM50 000 daripada YB Datuk James Dawos Mamet.
SK.St. Alban sangat bernasib
baik kerana pada tahun yang sama (2009) telah menerima peruntukan RM250 000 di
bawah Rangsangan Ekonomi Pakej Pertama dan RM170 000 di bawah Rangsangan
Ekonomi Pakej Kedua. Dengan peruntukan yang besar itu banyak aktiviti yang
telah dijalankan. Antaranya adalah menaik taraf pagar di sekeliling sekolah,
membaik pulih dan membina tandas baru untuk guru dan murid, membina tempat
letak kereta, membina laluan pejalan kaki berbumbung dan lain-lain lagi.
Beberapa blok bangunan baru turut dibina, manakala bangunan lama dinaik taraf
dengan memasang tingkap, siling, kipas angin, gutter, jubin dan pendawaian
semula kemudahan elektrik di beberapa blok bangunan. Kelengkapan seperti
kerusi, meja dan lain-lain perabot juga mendapat perhatian dari pihak
pengurusan sekolah.
Pengorbanan para guru juga tidak dilupa
apabila bangunan yang menempatkan bilik guru dan pejabat pentadbiran telah
diperbesarkan setelah menerima bantuan harta modal sebanyak RM50 000 pada tahun
2011. Sehingga ke hari ini , lebih 90 peratus perubahan dan pembangunan yang
berlaku boleh dirasai dan dilihat dengan mata kasar.
Setelah 56 tahun kewujudannya, SK. St.
Alban Ampungan telah mengalami banyak perubahan dari segi infrastruktur dan
keceriaan, bilangan pelajar semakin meningkat. Prestasi sekolah juga turut
melonjak. Pada hari ini (2013) SK. St
Alban Ampungan mempunyai pelajar seramai 160 0rang, 15 orang guru termasuk guru
besar, 4 orang staf sokongan dan 4 orang pekerja swasta.
Kemudahan infrastruktur pula
merangkumi 9 blok bangunan satu tingkat yang menempatkan Pra Sekolah, Pusat
Akses/Makmal Komputer, Kelas tahun 1 hingga 6, Kelas (2 blok bangunan) Pemulihan,
Bilik SPBT, Stor KH, Stor Sukan, Bilik Sains (1 blok bangunan) , Bilik
Mesyuarat, Bilik PBS, Pusat Sumber Sekolah (1 blok bangunan ) , Dewan Sekolah,
Dewan RMT dan Bilik Guru. Selain daripada itu di perkarangan SK. St Alban
Ampungan juga sudah terdapat sebuah pondok PIBG, Pondok Ilmu dan tempat letak
kereta.
Saban
tahun, guru dan pemimpin yang datang dan pergi silih berganti. Kepada semua
guru dan pemimpin yang pernah bertugas di SK. St. Alban Ampungan, jasa dan
pengorbanan anda akan dikenang selamanya. Kini (2013) SK. St. Alban Ampungan,
di pimpin oleh Puan Margaret Chua Bee Lian, dan dibantu oleh barisan penolong
kanan yang berdedikasi telah dan sedang mengorak langkah mengemilangkan SK. St.
Alban Ampungan dari semua aspek.
Dalam hal ini, sekalung penghargaan
dan setinggi ucapan terima kasih patut kita (warga sekolah SK. St. Alban
Ampungan) titipkan buat mereka yang telah banyak berkorban mencurahkan jasa dan
bakti serta komitmen dalam usaha membangunkan segala kemudahan yang
ada dan yang sedang kita nikmati sekarang.
Dalam masa yang sama, kita juga tidak
harus lupa dengan peranan dan jasa yang dicurahkan oleh para peneraju PIBG dan
LPS dulu dan sekarang. Kedua-dua pertubuhan ini memainkan peranan yang amat
penting dalam usaha merealisasikan pembangunan di SK. St. Alban Ampungan. Tanpa
sokongan dan kerjasama yang padu dari kedua-dua pertubuhan ini sudah pasti akan
merencatkan pembangunan fizikal di sekolah ini.
Justru itu, suatu usaha telah dilakukan
untuk mendokumentasikan sejarah penubuhan
Sk. St. Alban Ampungan untuk menjadi tatapan dan rentetan sejarah buat
genarasi baru SK. St Alban Ampungan dengan harapan mereka menjadi warga yang
celik sejarah dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Sekalung penghargaan buat Guru Besar yang
pernah dan sedang meneraju serta mewarnai landskap pembangunan di SK. St. Alban
Ampungn:-
1. Encik Alban Idit Anak Suli (1958 – 1964)
2. Encik Philip Lanat(1965 – 1969)
3. Encik Alban
Idit Anak Suli(1970 -1979)
4. Encik Andrew Munot Anak Satip (1980 – 1982)
5. Encik Philip Lanat(1983 – 1989)
6. Encik Baker Rundang(1990 ( Mei ) – 1993)
7. Encik Midil Demang (1993 ( Mei ) – 1994 ( Jun
)
8. Encik Paul Sajep Anak Dinda(1994 ( Julai ) –
2005 ( Dis)
9. Encik Andrew Munot Anak Satep(2006 ( Feb) –
2008 ) Feb )
10. EncikK Dahiam Anak Singon (2008 ( Jun ) –
29.12.2010)
11. Puan Margaret Chua Bee Lian (30.12.2010 –
Sekarang)
Turut Membantu: Semua Yang DiPertua PIBG dan LPS (dulu
dan sekarang sama ada yang masih hidup maupun yang telah pergi buat selamanya)
Para penyumbang dan penderma yang perihatin
dan bermurah hati:-
1. YB
Datuk Roland Sagah Wee Inn
2. YB
Datuk Douglas Unggah Embas
3. YB
Datuk Michael Manyin ak Jaong
4. YB
Datuk James Dawos Mamet
5. Kementerian
Pelajaran Malaysia
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati
meninggalkan gading, manusia pergi meninggalkan nama. Kepada nama-nama individu yang tersenarai di
atas, setinggi-tinggi penghargaan buat anda. Segala pengorbanan dan bakti
ikhlas anda terpahat kekal dalam lipatan catatan sejarah penubuhan SK St. Alban
Ampungan, akan kekal dalam ingatan warga sekolah dan genarasi-genarasi akan
datang yang bakal menjejak kaki ke Sk St. Alban. Semoga SK. St. Alban Ampungan
akan terus cemerlang seiring dengan arus perdana dalam bidang pendidikan.
BARISAN PENTADBIR SEKOLAH
PUAN MARGARET CHUA BEE LIAN
GURU BESAR
ENCIK RICHARD RAMBA AK ESAU
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PUAN AZREEN GEORGINA ABDULLAH
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
ENCIK TAHOT BIN SULAI
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SENARAI GURU DAN STAF
Barisan Belakang Dari Kiri : En. Thomas Limek , En. Baruk ak Bugai, En. Awang Jebat, En. Royen Frederick Gerik, En. Shamshor bin Poli, En. Dasuki bin Haji Musa, En. Jamadi , En. Kem ak Mawung, En. Daren ak Sundang, En. Tahot Bin Sulai, En. Richard Ramba ak Esau
Barisan Hadapan Dari Kiri : Pn. Suzanne ak Gelu. Pn. Kartina bt Juelni, Pn. Nodis Hudson Sidam, Pn. Margaret Chua, Pn. Lamping ak Sekeh, Pn. Hajijah bt Man
SEGALA AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN
Lawatan Murid Tahun 6
Program Guru Penyayang
Pasukan Tarian
No comments:
Post a Comment