Wednesday, August 27, 2014

SEKOLAHKU SYURGAKU SKSAA SERIAN



SK ST ALBAN AMPUNGAN, SERIAN
KM 8. JALAN SERIAN SRI AMAN
94700 SERIAN.

                                                                         YCB 8210

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan St. Alban Ampungan
Km 8, Jalan Serian /Sri Aman, 94700, Serian.


            Penubuhan Sekolah Kebangsaan St. Alban Ampungan bermula pada tahun 1957 oleh R.C Mission. Tapak awalnya bertempat di sebuah lokasi yang dikenali sebagai Mirambang, berhampiran tebing Sungai Sadong. Bahan seperti atap rumbia dan buluh digunakan untuk mendirikan sekolah dan rumah guru.


Pada awal tahun 1958, sekolah ini telah menerima kemasukan pertama pelajarnya seramai 46 orang. Encik Alban Idit merupakan guru pertama di sekolah ini. Beliau juga merupakan pengasas sekolah ini. Malahan nama sekolah ini juga turut diambil bersempena nama beliau.
       
        Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1970 sekolah ini telah berpindah lokasi ke tapak yang ada sekarang. Menurut sumber, tapak yang ada sekarang telah diderma oleh beberapa buah keluarga dari Kampung Ampungan. Dengan menggunakan kayu sebagai bahan asas, asbestos dan berlantaikan simen, satu blok bangunan yang mengandungi tiga buah kelas dan 2 buah rumah guru telah dibina. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Stephen Yong Kuet Tze, Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1973.